Thursday 15 February 2018

APA ITU SOFTWARE?


MENGENALI PERKAKASAN & PERISIAN KOMPUTER


Mungkin ada segelintir dari anda tidak mengetahui apa itu perkakasan dan perisian komputer, artikel kali ini kami akan menerangkan serba sedikit berkaitan perkakasan dan perisian komputer.



APA ITU PERKAKASAN :-
Terdiri dari komponen dimana membentuk sebuah komputer  yang lengkap, iaitu peranti input dan output seperti motherboard, hard disk, papan kekunci, tertikus, graphic card, ram, network kad, bekalan kuasa ( power supply ).




APA ITU PERISIAN :-
Program yang dibangunkan untuk memboleh komputer beroperasi dalam melakukan tugasan, dimana setiap perisian hanya boleh melakukan apa yang dipogramkan didalamnya.


TERDAPAT 3 JENIS PERISIAN :-
1. Perisian pengendalian ialah program yang melaksanakan dan mengawal atau menyelaras semua aktiviti komputer, diantara kerja yang dilakukan sistem pengendalian iaitu menyediakan antaramuka, memasang perisian, melancarkan perisian dan memperuntuk ruang memory seperti Windows, Linux dan Mac OS.

2. Perisian aplikasi ialah program yang membantu pengguna melaksanakan tugasan contoh perisian aplikasi iaitu pemprosesan kata ( Word ), hamparan elektronik ( Excel ), persembahan elektronik ( Power Point ), penyuntingan grafik ( photoshop,illustrator,paint ), pemaian media ( winamp, windows media player, gom player, media player )


3. Perisian Utiliti ( Tambahan ) ialah untuk menyelenggara perisian dan perkakasan komputer seperti disk clean up, pengurusan fail ( file manager ), program defragmentasi ( disk defragmenter ), Antivirus ( smadav,avast,norton, kaspersky, nod32 )


Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mengenali perkakasan dan perisian komputer, ibarat kata perpatah tak kenal maka tak cinta.


Sumber Rujukan : Monaliza

No comments:

Post a Comment

Teknologi Dalam Pengajaran

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Antara isu yang menjadi sentiasa menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam pr...