Monday 16 April 2018

Teknologi Dalam Pengajaran

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Antara isu yang menjadi sentiasa menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Impak daripada kepesatan zaman teknologi maklumat (ICT) telah memberikan satu evolusi dalam dunia pendidikan masa kini. Menurut Jamalludin & Zaidatun (2003), pelbagai kaedah baru diperkenal dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Aplikasi multimedia dalam pendidikan merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan merangsang minda pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Elemen-elemen dalam multimedia juga menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta mampu merangsang penggunaan pelbagai deria manusia Vaughan (1998).

KEBAIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Kepesatan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat sememangnya banyak membantu dan  memudahkan aktiviti harian manusia termasuk golongan guru-guru dan pelajar-pelajar bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Robin (2004) menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam Matematik mambantu pengajaran guru dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar serta penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Nor AzlanAhmad Zahari (2003) responden berpendapat penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar dengan memberi perhatian yang lebih terhadap pengajaran guru.

Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:· berupaya memberi  peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.· Selain meningkatkan motivasi pelajar,· pendekatan pengajaran menggunakan ICT membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)· Pelajar mengakses dan mengumpul maklumat yang sukar diperolehi yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul melalui internet.· Nolan & Mantin (1994) pula menyatakan  pembelajaran seperti menggunakan internet disekolah telah banyak membawa perubahan kepada pelajar dimana pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran kritikal.

Kelebihan ICT juga mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar  boleh mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, tetapi boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi. Di samping itu, pengajaran menggunakan ICT berupaya meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelaja serta· memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima. Dengan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung kemahiran ICT pelajar dapat dipertingkatkan.

KELEMAHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Namun begitu, pada hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar berfikir secara kritikal masih tidak diamalkan dalam sistem pendidikan di negara kita. Sistem pendidikan kita masih terlalu terikat dengan berorientasikan peperiksaaan semata-mata yang sebenarnya banyak membantutkan pemikiran pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan berimaginasi. Walaupun guru-guru digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar tetapi terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh guru berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu mengajar dalam pengajaran. Oleh itu, aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Penggunaan komputer dan internet juga tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang teknologi maklumat. Selain dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid, penggunaan internet sangat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran teknologi maklumat dan era globasisasi.

Kita juga sedia maklum bahawa penggunaan teknologi merupakan salah satu medium yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran banyak membantu guru-guru. Walaupun begitu, masih ada ramai  guru yang tidak menggunakan pendekatan sebegini dalam pengajaran dan pembelajaran atas beberapa faktor kekangan. Antaranya ialah:

a)      Guru kurang kemahiran menggunakan teknologi
 Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi       komputer dikalangan guru dikebanyakan sekolah adalah rendah.(Cuban,2001). KebanyakaN guru didapati tidak mahir mengendalikan LCD dan projector serta kurang cekap atau tidak tahu             mengendalikan            software seperti Geometer Sketch Pad, Autograph dan aplikasi yang lain.
b)      Faktor kekangan masa
Faktor kekangan masa merupakan salah satu kelemahan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran. Dikebanyakkan sekolah biasanya pengggunaan komputer hanya terhad di makmal komputer sekolah sahaja. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa. Ini menyebabkan masa pengajaran berkurang. Selain itu, penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD juga memakan masa yang lama kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas selain daripada berlakunya masalah teknikal.
c)      Kerosakan kemudahan peralatan
Kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projektor LCD sentiasa mengalami kerosakan. Masalah lain yang dihadapi adalah masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan guru menjadi kurang minat menggunakan peralatan teknologi yang ada.
d)      Penggunaan terhad untuk tajuk-tajuk tertentu sahaja
Penggunaan ICT dalam pengajaran turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Kaedah pengajaran menggunakan ICT hanya diguna oleh guru untuk tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar contohnya Penjelmaan (Transformation). Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan.
e)      Persepsi dan sikap negatif terhadap penggunaan teknologi

Kajian menunjukkan bahawa sikap negatif terhadap penggunaan teknologi merupakan faktor utama yang menghalang guru-guru daripada mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya sikap negatif guru ialah kurangnya keyakinan dalam menggunakan teknologi serta berasa malu terhadap rakan sekerja dan para pelajar dan kurang pengetahuan untuk selesaikan masalah-masalah teknikal. Sesetengah guru juga mempunyai persepsi bahawa teknologi komputer dianggap sebagai rumit dan sukar digunakan. 

Laman rujukan : Azrina Sazalli

No comments:

Post a Comment

Teknologi Dalam Pengajaran

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Antara isu yang menjadi sentiasa menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam pr...