Tuesday 13 February 2018

KENANGAN TERINDAH KEM LLCC

 LEADERSHIP , LANGUAGE AND CULTURE CAMP  .





  Pada bulan Januari yang lalu iaitu 16 Januari sehingga 18 Januari 2018 , saya serta rakan-rakan seramai 6 orang dari ILP Perai telah mewakili untuk menghadiri suatu kem yang dianjurkan oleh Politeknik Seberang Perai yang berperingkat antarabangsa . Kem ini terdiri dari pelajar luar negara iaitu daripada Indonesia . Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Bina Negara Balik Pulau .







   Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara dua buah negara . Hal ini terdapat pelajar- pelajar yang dari pelbagai institut dan politeknik dari Malaysia seperti ILP Perai , IKTBN Bukit Mertajam dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor , manakala politeknik darpada Malaysia ialah Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . Disamping itu, dua buah politeknik daripada Indonesia yang terlibat ialah Politeknik Srivijaya, Medan  dan Politeknik Polsri , Palembang .






  Pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan disana . Oleh yang demikian , kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan adanya ice breaking . Dalam satu kumpulan terdiri dari 8-9 orang termasuk dengan fasilitator . Selain duduk dalam satu kumpulan melakukan aktiviti bersama -sama , kami juga turut makan serta tidur mengikut kumpulan yang telah ditetapkan . Semuanya berjalan lancar selama tiga hari saya dan rakan-rakan di sana . Kami berasa sangat seronok dan berharap adanya program sebegini lagi pada kelak hari .



Sebelum bersurai pulang kami bergambar bersama.




No comments:

Post a Comment

Teknologi Dalam Pengajaran

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Antara isu yang menjadi sentiasa menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam pr...