Thursday 15 February 2018

AMALAN 5S TANGGUNGJAWAB BERSAMA


GOTONG ROYONG MENGEMASKAN MAKMAL PERKAKASAN


Hi Assalamualaikum, 

Hadirnya saya dalam menulis blog pada hari ini dan masa ini adalah ingin memberitahu tentang aktiviti gotong royong yang telah dijalankan pada Jumaat (9/2/2018) yang lalu. Tujuan utama kami melakukan aktiviti gotong royong ini berasama adalah bagi memastikan keselesaan pelajar apabila berada di dalam kelas. Selain itu, bertujuan untuk memastikan kekemasan bilik serta kemudahan apabila ingin mencapai sesuatu barang dengan membuat keseragaman dalam menyusun peralatan dan komponen yang sama pada satu tempat dengan melabelkan jenis-jenis tersebut. 





Ini merupakan keadaan sebelum memulakan aktiviti gotong royong. Bilik kelihatan kecil serta susah untuk bebas bergerak.



Ini pula gambaran sewaktu bergotong royong mengalihkan kotak-kotak komponen komputer yang terdapat di tepi dinding dan dalam meja yang menyebabkan makmal kelihatan sempit dan tidak teratur.



Gambaran ini adalah keadaan selepas selesai aktiviti gotong royong. Ini membuatkan bilik tidak kelihatan sempit lagi serta menampakkan bilik ini mempunyai ruang yang luas dan teratur.



Peralatan komponen disusun dengan seragam serta berlabel mengikut jenis yang sama. Hal ini akan memudahkan para pelajar untuk mencapai sesuatu komponen.

No comments:

Post a Comment

Teknologi Dalam Pengajaran

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Antara isu yang menjadi sentiasa menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam pr...